Omega-3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda anda berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam.
Jom baca dan ketahui bagaimana kesan Omega 3 kepada minda anda!!!
1) Meningkatkan Prestasi Mental.
Pengambilan Omega-3 menunjukkan:
- Mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori, dan tumpuan pemerhatian.
- Menyokong pembelajaran yang optimum dan kemam puan membaca.
- Meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.
2) Memperbaiki mood secara positif.
- Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi.
- Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria kerana Omega-3 membantu membangkitkan mood dan meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.
3) Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia.
Dengan peningkatan usia, ia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, memberi
kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Alami penuaan yang sihat
melalui pengambilan Omega-3 secara teratur untuk:
- Merendahkan risiko penurunan kognitif.
- Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya kognitif dan memori.
- Mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia.
- Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum.
4) Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa
tempoh kehamilan dan awal kelahiran.
Omega-3, khususnya DHA, merupakan salah satu elemen penting untuk otak. Oleh itu,
pengambilan Omega-3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana ia:
- Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga.
- Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi.
- Meningkatkan koordinasi tangan-mata2 serta kepintaran kanak-kanak.
- Meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.
- Menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif, dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak


No comments:
Post a Comment