Idaman setiap wanita untuk punya kulit yang cantik dan sihat tanpa jeragat. Tapi tahukah anda apa itu jeragat?
Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya. Jeragat membuatkan bintik bintik hitam pada kulit muka dan tona kulit tidak sekata.
Sudah pasti bagi mereka yang ada masalah ini kan menjadi murung dan tidak berkeyakinan.
Sukar sekali untuk berdepan dengan pasangan, keluarga serta teman-teman kerana tidak kira bagaimana anda cuba menutupnya, jeragat akan sentiasa ada dan ini sangat membebankan.
Jeragat biasa timbul apabila usia makin meningkat.
Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat, manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar
kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda.
Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.
No comments:
Post a Comment